Faqir Ilallah

Monday, May 16, 2011

Baqa' ( Risalah tauhid)

Assalamualaikum wbt..
mudahan pengunjung ruangan ini dalam rahmat Allah swt hendaknya..Segala tinggi puji-pujian hanya kepada Allah yang Maha Pencipta .Yang Meliputi Keseluruhannya..InsyaAllah Posted yang ke-3 ini kita akan sama-sama melihat sifat Allah iaitu BAQA'

3.  Baqa’
Baqa’ maknanya kekal
Lawannya binasa
Dalil aqalnya ialah baharu alam
Dalil naqalnya ialah surah Ar-Rahman ayat 26-27
“semua yang berada diatasnya akan binasa. Dan kekallah wajah tuhanmu yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan”

Sifat Baqa' menafikan ada pengakhiran wujud Allah. Dia akan kekal selama-lamanya. Tiada akhir akan wujudnya.





Satu ketika nanti, alam akan qiamat. Setelah itu, tiada apa yang tinggal dari alam ini. Hanya yang tinggal ialah Allah yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Maka pada masa itu dinamakanlah Allah bersifat dengan sifat Baqa’.
Dalam I’tiqad ahli sunnah wal jamaa’ah (ASWJ), ada 10 perkara dari alam ini yang baqa’
a)      Syurga
b)      Neraka
c)       Luh
d)      Qalam
e)      Ruh
f)       Arasy
g)      Kursi
h)      Jasad nabi2
i)        ‘ajbuz zanab (tulang sulbi)
j)        Jasad syuhada’

Walaupun ia Baqa’ tetapi baqa’nya berbeza dengan Baqa’ Allah.
1)      Baqa’ Allah tiada yang mengekalkan. Kekalnya Allah tidak disebabkan satu kuasa lain yang mengekalkanNya. Dia hanya kekal. Luar dari jangkauan aqal manusia.
2)      Baqa’ sepuluh perkara tersebut disebut sebagai Baqa’ ‘aradhi (mendatang). Iaitu menjadi ia Baqa’ kerana Allah mengkehendakinya. Jadi Baqa’nya tidak tulen seperti Baqa’ Allah.
Sifat mazmumah yang timbul dalam diri manusia yang merosakkan amal, iman dan ihsan adalah berpunca dari mereka tidak memahami hakikat ini. Mereka tidak takut akan kematian yang PASTI akan hadir menjemput, mereka tidak takut dengan janji seksa yang telah Allah khabarkan melalui lidah nabi S.A.W.
Bagi mereka yang memahami hakikat sebenar, tiada pada mereka segala sifat mazmumah. Yang ada pada mereka ialah segala sifat yang mahmudah. Ini kerana mereka amat merasakan bahawa akhirnya kematian akan datang, segala perbuatan mereka akan dinilai oleh Allah, dan mereka amat mengerti bahawa mereka tidak mempunyai hak atas kuwujudan mereka sendiri di atas dunia ini walaupun untuk satu detik. Di sana ada janji seksa bagi orang yang berbuat kejahatan dan janji nikmat bagi orang yang melakukan kebaikan di alam ini.
Nyatalah perkara yang dimaksudkan dengan permulaan dan kesudahan terbahagi kepada 4:
1)      Tiada mula dan tiada akhir wujudnya, itulah Zat Allah
2)      Ada mula dan ada akhir, itulah alam
3)      Ada mula dan tiada akhir, itulah sepuluh perkara dari alam.
4)      Tiada mula dan tiada akhir ketidakwujudannya, itula syariikul bari (sekutu bagi Allah).

Wujudnya ilmu tasawuf yang dibawa oleh Nabi S.A.W. hanyalah kerana ingin memberi umat memahami hakikat alam ini yang bersifat FANA’. Mereka yang mendalami ilmu tasawuf tanpa fasih akan sifat 20 akan menjadikan mereka seolah-olah memancing didaratan. Mereka gagal mencari kunci sebenar mengapa mempelajari ilmu tasawuf. Akhirnya ilmu tasawuf akan menjadi meleret-leret dan terkeluar dari landasan yang benar.

Sedangkan mereka yang telah tahqiq dengan sifat 20 mempunyai asas yang kukuh dan lengkap, maka apabila mereka mula mempelajari tentang ilmu hakikat, mereka sentiasa duduk dalam keadaan yang jelas.
Dalam kitab tasawuf, banyak terma-terma yang diguna pakai oleh guru-guru berupa mutasyabihat kerana mereka berfalsafah dan mengindahkan bahasa untuk memberitahu betapa agungnya Allah. Sedang mereka yang tiada asas, berpegang kepada zahir kata-kata itu tanpa memahami apa sebenarnya murad musannif (maksud penulis).
Pada ijtihad saya, wajib mempelajari ilmu sifat 20 sebelum pergi kepada ilmu tasawuf supaya pegangan menjadi lebih kemas dan mantap. Mereka akan dapat beramal dengan terang dan diatas landasan yang sebenar.
Jika tidak, lebih banyak lagi ajaran-ajaran sesat yang akan tumbuh di bumi Allah yang suci ini. Harap saudara-saudara faham apa yang cuba disampaikan.
Akan bersambung lagi..InsyaAllah...

Qidam ( Risalah Tauhid)

Assalamualaikum wbt.. untuk posted yang kedua ini..ana harap kita dapatlah sama-sama memahami sifat Qidam Allah Yang Maha Agung ini..

2.   Qidam
Qidam ertinya sedia.
Lawannya baharu
Dalilnya aqalnya baharu alam
Dalil naqalnya surah Hud ayat 4
“dialah yang awal….”

Sifat qidam menafikan wujudnya Allah ada permulaan. Secara hakikat, Allah Ta’ala wujud tanpa ada permulaan. Dia hanya wujud secara sedia. Lebih dari jangkauan aqal manusia

Sebelum diciptakan alam, Allah telah ada dengan SEGALA SIFAT KESEMPURNAAN. Ketika itu, dinamakanlah Allah Ta’ala bersifat dengan sfat Qidam.
 Apabila Allah bersifat qidam, maka jadilah ia Qadim. Qidam menunjukkan kepada sifat yang ada pada zat Allah dan Qadim menunjukkan kepada zat Allah yang bersifat Qidam.
Dalam ilmu tauhid, qadim sentiasa digandingkan dengan perkataan azali, mengikut pendapat sesetengah ulama’ khususnya syeikh Suhaimi, ada perbezaan antara qadim dan azali walaupun Ia merujuk kepada maksud yang sama iaitu secara sedia (tiada permulaan).

Sunday, May 15, 2011

Wujud (risalah tauhid)

Formula sifat 20.
Wajib diingat bahawa fomula ini hanyalah utk mendekatkan faham sahaja. Tidak lebih dari itu.
1.       Wujud
Wujud ertinya ada dalam erti kata TETAP ada, SUNGGUH ada dan BENAR ada
Lawannya ‘adam (tiada). ‘Adam mempunyai 2 makna
a)      Langsung tiada atau ghairu maujud. Itulah SEKUTU BAGI ALLAH
b)      Menerima ada dan tiada dalam jalan berganti-ganti. Itulah ALAM.
Dalilnya aqalnya baharu alam
Dalil naqalnya surah Luqman ayat 25
“ Dan jika kamu Tanya kepada orang2 kafir, siapa yang menciptakan langit dan bumi, nescaya berkata mereka bahawa Allah yang menjadikan”.


Bagi mereka yang tidak memahami hakikat ini, hati mereka selalu resah dan kesah dengan nasib dunia. Bagaimana dengan rezekinya, bagaimana dengan jodohnya, bagaimana dengan untung nasibnya, dan bagaimana dengan akhir hayatnya. Lebih teruk lagi, apabila mereka langsung lupa tentang kewujudannya dalam genggaman Allah. Mereka menjadi hamba kepada dunia ini.

Bagi mereka yang mampu menghayati sifat ini pula, mereka menyedari hidupnya adalah diluar bidang kuasa hamba. Hati mereka berserah kepada Allah tanpa ada cacatnya. Lahirnya mereka ke dunia adalah kerana dikehendaki Allah. Umurnya adalah dari kehendak Allah, untung rugi nasibnya adalah dari Allah, jodohnya adalah dari Allah, matinya juga adalah dari Allah. Mereka adalah orang yang reda dengan segala yang telah ditentukan. Orang yang berserah di dalam hati mereka tiada takut dan tiada gentar.

Ituah sifat orang yng beriman. Seperti firman Allah:
“tiada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan pula tidak akan berduka cita”