Sistem ekonomi dunia masa kini mengguna sistem "permintaan vs penawaran=kestabilan harga". Kestabilan harga pula akan memberi kesan kepada sistem ekonomi. Maju atau mundur sesebuah negara diukur melalui sejauh mana kemampuan sesebuah negara dapat memenuhi kehendak rakyatnya.
Ade masalah tak?
Kemudian, negara akan mencuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan rakyat. dalam masa yang sama, sektor industri menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat kerana hendak mengeluarkan produk yang diminta oleh rakyat.
Ade masalah x?
Atas usaha yang berterusan, akhirnya sesebuah negara berjaya memenuhi keperluan asas rakyat. tiada lagi rakyat yang tidak mendapat bekalan keperluan yang tidak cukup untuk hidup.
Ade masalah x?
Sifat manusia. Apabila keperlun sudah mencukupi, mereka mula meminta untuk memenuhi kehendak mereka. Permintaan yang dilakukan adalah atas dasar memenuhi kehendak bagi hidup yang lebih selesa. Kalau dulu, rumahnya kecil, mereka mula menginginkan rumah yang lebih besar, kereta yang lebih besar, hidup yang lebih menjamin masa depan. segala permintaan ini ditujukan kepada negara, kerana negara berkewajipan untuk memenuhi kehendak rakyat. bagi negara yang gagal melakukannya, negara tersebut dilabel sebagai negara miskin dimata dunia.
Negara berusaha dengan penuh dedikasi untuk memenuhi kehendak rakyat. produktiviti ditingkatkan. pengeluaran ditingkatkan, pekerja semakin ramai diupah untuk memenuhi kehendak rakyat.
Cuba kita selami dalam-dalam. adakah kaedah yang dicipta oleh Karl Mark pada tahun 1797 ini adalah kaedah yg tepat untuk mengukur taraf hidup. Lihat huraian dibawah.........
Kehendak manusia adalah tidak terhad dan kemampuan manusia tidak akan mampu memenuhi kehendak manusia. Tetapi, oleh kerana sistem itu telah sebati dengan sesebuah negara, negara serta rakyat tidak nampak jalan keluar selain terus meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi kehendak manusia yang penuh dengan hawa nafsu.
Setiap individu cuba mencapai taraf hidup yang lebih tinggi dan ianya diukur kepada berapa banyak kehendak mereka yang berjaya diperolehi. Mereka terus bersaing memenuhi kehendak tanpa ada kawalan dari sesiapa. Persaingan secara automatik terwujud sebab manusia ingin mendapatkan sesuatu lebih dahulu dari orang lain.
Bermulalah kisah duka dimana rakyat mula berebut untuk mendahului orang lain, mulalah timbul dengki, pijak memijak, menipu, mementingkan diri sendiri dan berusaha dengan segala jalan yang ada tanpa mengira halal dan haram untuk memenuhi kehendak.
Akhirnya negara jadi rosak, mereka yang kaya akan bertambah kaya, dan yang miskin dan tidak mampu bersaing akan terus miskin. Penindasan secara halus berlaku dimerata tempat. Semakin ramai yang merasa tertekan kerana gagal memenuhi kehendak masing-masing. Akhirnya, yang gagal berusaha dengan cara yang baik akan menggunakan cara yang tidak baik. Terjadilah kejadian mencuri dan merompak dimerata tempat dek kerana tekanan tersebut. Kemudian negara menyediakan hukuman bagi yang merompak tanpa melihat kepada isu pokok (iaitu tekanan hidup untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terbatas). Tidak kurang juga mereka yang mengalah dan putus asa. ada yang membunuh diri, ada yang gila dan ada yang depression.
cuba perhatikan. manusia dianggap seperti binatang. mereka hanya dinilai sebagai kaya atau berjaya melalui pemilikan material. sama seperti binatang, apabila cukup makanannya, sudah cukup untuk ia hidup. Adakah manusia juga begitu, dimanakah pertimbangan rohani yang wujud dalam diri manusia. Dimanakah yang dikatakan sebagai kepuasan jiwa yang tidak dapat dipenuhi oleh kekuatan materi? Lihat zaman ini, walaupun ramai yang kaya, tetapi mereka tetap bunuh diri, gila, murung dan sebagainya.
Nyata kaedah ini salah dan sesat.
Akhirnya, sistem Karl Mark ini membawa kepada mala petaka buruk di dunia.
Lihat lebih jauh lagi, negara dalam keadaan tetap cuba memenuhi kehendak rakyat walaupun kesan jangka masa panjangnya adalah sangat buruk. ini kerana mereka tidak nampak cara lain untuk memerintah sesebuah negara.
Dari produk ekonomi, rakyat mula meminta kebebasan dalam masalah sosial. Laungan kebebasan individu kedengaran di setiap ceruk tempat. Ada yang memanfaatkannya dan ada juga yang mengambil kesempatan. Ianya menjadi wabak yang berjangkit. Mereka mahukan kehidupan yang bebas, kebebasan bersuara, kebebasan berpolitik, merebaka kepada kebebasan berhubung dan akan terus merebak.
Pihak negara akan terus cuba dengan sedaya upaya memenuhi kehendak yang diminta oleh rakyat untuk terus kekal sebagai pemerintah. dan rakyat pula akan terus meminta untuk memenuhi kehendak berdasarkan nafsu.
Mereka meminta kebebasan bersuara, dibenarkan. Mereka meminta kebebasan seks, dibenarkan. Mereka meimnta kebebasan berkahwin sesama jantina juga dibenarkan. akhirnya hukum agama sudah tidak diendahkan lagi kerana setiap mata dan jiwa hanya memandang kepada "keperluan vs kehendak= kestabilan harga."
Buktinya, lihat sahaja masyaraat dunia masa kini.
Ketika wabak ini sudah mula bernanah, dan sudah merebak keseluruh badan, apa lagi ubat yang mujarab untuk mengubatnya.
Wahai umat Islam yang berada di Malaysia. kita duduk dalam sistem yang sama seperti sistem di atas. Kemajuan negara dibayar dengan harga yang sangat mahal iaitu kejatuhan moral.
Sabda Nabi S.A.W
" Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk memuliakan akhlak"
Kemana arahnya negara ini memimpin kita. Adakah ini yang dikehendaki Allah?
Firman Allah:
" dan tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembahku."
Tercapaikah kita?
Berhukumlah dengan hukum Allah. Cukuplah dengan kesesatan yang telah berlaku. Kembalilah kepada Islam yang sebenar.
" Rabbana akhrijna min haazihil qaryatiz zhaalimi ahluha. waj 'allana min ladunka waliiyan waj 'allana min ladunka nashira."
Faqir ilallah: Semoga bermanfaat dan memberi kesedaran.