Faqir Ilallah

Sunday, May 15, 2011

Wujud (risalah tauhid)

Formula sifat 20.
Wajib diingat bahawa fomula ini hanyalah utk mendekatkan faham sahaja. Tidak lebih dari itu.
1.       Wujud
Wujud ertinya ada dalam erti kata TETAP ada, SUNGGUH ada dan BENAR ada
Lawannya ‘adam (tiada). ‘Adam mempunyai 2 makna
a)      Langsung tiada atau ghairu maujud. Itulah SEKUTU BAGI ALLAH
b)      Menerima ada dan tiada dalam jalan berganti-ganti. Itulah ALAM.
Dalilnya aqalnya baharu alam
Dalil naqalnya surah Luqman ayat 25
“ Dan jika kamu Tanya kepada orang2 kafir, siapa yang menciptakan langit dan bumi, nescaya berkata mereka bahawa Allah yang menjadikan”.


Bagi mereka yang tidak memahami hakikat ini, hati mereka selalu resah dan kesah dengan nasib dunia. Bagaimana dengan rezekinya, bagaimana dengan jodohnya, bagaimana dengan untung nasibnya, dan bagaimana dengan akhir hayatnya. Lebih teruk lagi, apabila mereka langsung lupa tentang kewujudannya dalam genggaman Allah. Mereka menjadi hamba kepada dunia ini.

Bagi mereka yang mampu menghayati sifat ini pula, mereka menyedari hidupnya adalah diluar bidang kuasa hamba. Hati mereka berserah kepada Allah tanpa ada cacatnya. Lahirnya mereka ke dunia adalah kerana dikehendaki Allah. Umurnya adalah dari kehendak Allah, untung rugi nasibnya adalah dari Allah, jodohnya adalah dari Allah, matinya juga adalah dari Allah. Mereka adalah orang yang reda dengan segala yang telah ditentukan. Orang yang berserah di dalam hati mereka tiada takut dan tiada gentar.

Ituah sifat orang yng beriman. Seperti firman Allah:
“tiada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan pula tidak akan berduka cita”


No comments:

Post a Comment