FIrman Allah dalam surah al-Haysr ayat 9:
"....mereka melebihkan atas diri sahabatnya walaupun dirinya memerlukan."
Seorang lelaki ada mengadap Rasulullah dan berkata: " Ya Rasulullah! Saya lapar." Kemudian Rasulullah meminta makanan daripada isteri-isterinya, akan tetapi ternyata tidak ada makanan sama sekali. Kemudian Rasulullah bersabsa: "Siapa diantara kalian semua yang bersedia untuk memberi makan kepada tetamu ini pada malam ini? Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepadanya."
Seorang ansar menjawab: "Saya Ya Rasulullah." Dia pun pergi kepad isterinya dan berkat: "Sediakan makanan yang ada kepaa tetamu Rasulullah." Isterinya menjawab: "Demi Allah tidak ada makanan kecuali sedikit untuk anak-anak." Suaminya berkata: "Apabila mereka ingin makan, tidurkan mereka dan padamkan lampu, biar kita menahan lapar pada malam ini." Maka isterinya melaksanakan perintah suaminya.
Pada keesokan harinya RAsulullah bersabda: "Allah kagum dan gembira kerana perbuatan seorang sahabat suami isteri itu."
Lalu turunlah ayat di atas kepada Nabi S.A.W. menceritakan pengorbanan mereka terhadap sahabat mereka
__________________________________________________________________________________
Kalau melihat kepada cerita diatas, ia seolah-olah cerita donngeng jika dibandingkan dengan dengan masa kini. Sehingga orang ramai melihat cerita-cerita pengajaran yang berlaku di dalam Al-Quran hanya sebagai halwa telinga.
Padahal cerita yang dirakam di dalam Al-Quran adalah cerita yang benar dan tiada sangsi padanya.
Persoalannya..mengapa kita gagal untuk mengamati tentang kenapa sebenarnya perkara demikian boleh terjadi. Insya Allah huraian dibawah dapat membantu....
_____________________
Islam mengajar umatnya supaya mengasihi saudaranya seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri bersandarkan hadis:
"Tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."
Hadis di atas menegaskan seseorang yang gagal menyayangi sahabatnya, adalah tidak sempurna imannya. Mereka yang tidak mempunyai iman yang sempurna dihukumkan sebagai fasiq. Orang yang fasiq pula adalah mereka yang kekal dalam dosa-dosa kecil. Mereka adalah orang yang tidak terlepas dari hisab dihadapan Alah nanti.
Zaman ini ramai yang memperkatakan tentang ukhwah, tetapi gagal menerap ruh ukhwah yang dibina oleh nabi. Mengapa begitu?
Itu adalah tanda cacatnya iman seseorang.Kita membentuk ukhwah dalam keadaan kita tidak mempunyai aqidah yang jitu. Akhirnya ukhwah yang dibentuk lebih kepada kerana keluarga, kerana bangsa, kerana kaum dan kerana dunia. Amalan yang sama juga diamalkan oleh jahiliyah sebelum datangnya Islam. Orang arab membanggakan suku kaumnya sehingga kerap terjadi peperangan untuk menunjukkan siapa yang lebih kuat.
Lihat kepada sejarah, tiada bangsa yang kekal dimuka bumi ini. Lihat sahaja kepada kaum Ad yang gagah dan sangat tinggi kemahirannya pertukangannya. Mereka mempunyai ukhwah diantara mereka. Tetapi sekarang bangsa itu sudah tidak wujud dihapuskan oleh Allah kerana kekufuran mereka. Banyak lagi contoh kaum lain yang akhirnya hancur lebur kerana kufur.
Dunia masa kini membahagikan manusia kepada puak-puak. Melayu dengan melayunya, india dengan indianya, cini dengan cinanya, orang putih dengan orang putihnya. Masing-masing berusaha menjadi bangsa yang mengatasi bangsa yang lain. Mereka membentuk ukhwah kerana bangsa dan kaum (amalan jahiliyah). Padahal sejarah membuktikan tiada bangsa yang kekal sepanjang zaman.
Jika kita masih mengekalkan bangsa sebagai pengikat ukhwah, bagaimana mungkin ianya akan bertahan sampai bila-bila. Banyak keluarga berpecah hanya kerana harta, membuktikan ukhwah kekeluargaan tidak cukup kuat. Banyak bangsa bergaduh dan berperang sesama sendiri, membuktikan ukhwah bangsa tidak cukup kuat. Banyak negara berpecah dan berperang sesama sandiri, menandakan ukhwah kenegaraan tidak cukup kuat.
Sahabat nabi membina ukhwah berdasarkan aqidah yang mantap. Ukhwah mereka terjalin sehingga hari akhirat. Bukankah hadis nabi ada menyebut antara mereka yang mendapat lindungan arasy ketika manusia berada sejengkal di bawah matahari adalah mereka yang berkasih sayang kerana Allah?
Ukhwah berdasarkan aqidah pula tidak akan terbentuk tanpa iman yang teguh kepada Allah. Wahai umat islam, belajar dan beramal lah dengan aqidah yang benar secara bersungguh-sungguh. Segala keperluan lain akan hadir selepas itu bermula dengan hadirnya ukhwah selepas aqidah.
Cukuplah kita dengan bergantung kepada kasih sayang yang amat rapuh. Berpeganglah kita dengan tali Allah. Allah menjanjikan kesenangan dan dipermudahkan segala jalan.
Wallahu a'lam.
Faqir ilallah. semoga bermanfaat.