mudahan pengunjung ruangan ini dalam rahmat Allah swt hendaknya..Segala tinggi puji-pujian hanya kepada Allah yang Maha Pencipta .Yang Meliputi Keseluruhannya..InsyaAllah Posted yang ke-3 ini kita akan sama-sama melihat sifat Allah iaitu BAQA'
3. Baqa’
Baqa’ maknanya kekal
Lawannya binasa
Dalil aqalnya ialah baharu alam
Dalil naqalnya ialah surah Ar-Rahman ayat 26-27
“semua yang berada diatasnya akan binasa. Dan kekallah wajah tuhanmu yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan”
Sifat Baqa' menafikan ada pengakhiran wujud Allah. Dia akan kekal selama-lamanya. Tiada akhir akan wujudnya.
Satu ketika nanti, alam akan qiamat. Setelah itu, tiada apa yang tinggal dari alam ini. Hanya yang tinggal ialah Allah yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Maka pada masa itu dinamakanlah Allah bersifat dengan sifat Baqa’.
Dalam I’tiqad ahli sunnah wal jamaa’ah (ASWJ), ada 10 perkara dari alam ini yang baqa’
a) Syurga
b) Neraka
c) Luh
d) Qalam
e) Ruh
f) Arasy
g) Kursi
h) Jasad nabi2
i) ‘ajbuz zanab (tulang sulbi)
j) Jasad syuhada’
Walaupun ia Baqa’ tetapi baqa’nya berbeza dengan Baqa’ Allah.
1) Baqa’ Allah tiada yang mengekalkan. Kekalnya Allah tidak disebabkan satu kuasa lain yang mengekalkanNya. Dia hanya kekal. Luar dari jangkauan aqal manusia.
2) Baqa’ sepuluh perkara tersebut disebut sebagai Baqa’ ‘aradhi (mendatang). Iaitu menjadi ia Baqa’ kerana Allah mengkehendakinya. Jadi Baqa’nya tidak tulen seperti Baqa’ Allah.
Sifat mazmumah yang timbul dalam diri manusia yang merosakkan amal, iman dan ihsan adalah berpunca dari mereka tidak memahami hakikat ini. Mereka tidak takut akan kematian yang PASTI akan hadir menjemput, mereka tidak takut dengan janji seksa yang telah Allah khabarkan melalui lidah nabi S.A.W.
Bagi mereka yang memahami hakikat sebenar, tiada pada mereka segala sifat mazmumah. Yang ada pada mereka ialah segala sifat yang mahmudah. Ini kerana mereka amat merasakan bahawa akhirnya kematian akan datang, segala perbuatan mereka akan dinilai oleh Allah, dan mereka amat mengerti bahawa mereka tidak mempunyai hak atas kuwujudan mereka sendiri di atas dunia ini walaupun untuk satu detik. Di sana ada janji seksa bagi orang yang berbuat kejahatan dan janji nikmat bagi orang yang melakukan kebaikan di alam ini.
Nyatalah perkara yang dimaksudkan dengan permulaan dan kesudahan terbahagi kepada 4:
1) Tiada mula dan tiada akhir wujudnya, itulah Zat Allah
2) Ada mula dan ada akhir, itulah alam
3) Ada mula dan tiada akhir, itulah sepuluh perkara dari alam.
4) Tiada mula dan tiada akhir ketidakwujudannya, itula syariikul bari (sekutu bagi Allah).
Wujudnya ilmu tasawuf yang dibawa oleh Nabi S.A.W. hanyalah kerana ingin memberi umat memahami hakikat alam ini yang bersifat FANA’. Mereka yang mendalami ilmu tasawuf tanpa fasih akan sifat 20 akan menjadikan mereka seolah-olah memancing didaratan. Mereka gagal mencari kunci sebenar mengapa mempelajari ilmu tasawuf. Akhirnya ilmu tasawuf akan menjadi meleret-leret dan terkeluar dari landasan yang benar.
Sedangkan mereka yang telah tahqiq dengan sifat 20 mempunyai asas yang kukuh dan lengkap, maka apabila mereka mula mempelajari tentang ilmu hakikat, mereka sentiasa duduk dalam keadaan yang jelas.
Dalam kitab tasawuf, banyak terma-terma yang diguna pakai oleh guru-guru berupa mutasyabihat kerana mereka berfalsafah dan mengindahkan bahasa untuk memberitahu betapa agungnya Allah. Sedang mereka yang tiada asas, berpegang kepada zahir kata-kata itu tanpa memahami apa sebenarnya murad musannif (maksud penulis).
Pada ijtihad saya, wajib mempelajari ilmu sifat 20 sebelum pergi kepada ilmu tasawuf supaya pegangan menjadi lebih kemas dan mantap. Mereka akan dapat beramal dengan terang dan diatas landasan yang sebenar.
Jika tidak, lebih banyak lagi ajaran-ajaran sesat yang akan tumbuh di bumi Allah yang suci ini. Harap saudara-saudara faham apa yang cuba disampaikan.
Akan bersambung lagi..InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment